
Sulit
4 tahun
Kebas Seluruh Badan dan mengeras
Salam sejahtera,
Saya berumur 33 tahun. Saya mengalami kekebasan seluruh tubuh badan. Disamping itu juga kaki dan tangan didapati mengeras. Tetapi masih lagi boleh memaksa untuk menggerakkannya. Kejadian berlaku lebih kurang 30 minit. Suhu badan semasa berlaku dalam 38.6celcius. Pada pandangan doktor apakah simtoms yg berkemungkinan situasi yg saya hadapi. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- strok (lebih-lebih lagi jika berat badan anda berlebihan)
- jangkitan kuman pada otak
- jangkitan virus seperti influenza (lebih-lebih lagi sekarang ialah musim influenza)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.