Sulit
2 tahun
Kebenaran untuk mengambil booster shot covid vaksin
Saya telah mengambil suntikan family planning shot dalam masa terdekat. Adakah saya layak dapatkan booster shot vaksin covid 19 seperti Pfizer dalam masa terdekat ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sehingga ke saat ini, tidak ada kajian yang menunjukkan orang yang mengambil suntikan perancang tidak boleh mengambil vaksin covid 19. Anda boleh mengambil vaksin tetapi saya menasihatkan kepada anda supaya dapatkan tidur serta rehat yang cukup, mengambil sarapan sebelum pergi mengambil vaksin serta tidak terlalu gementar ketika hendak mengambil vaksin besok.
Namun, sebelum itu saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini