
Sulit
5 tahun
Kehamilan awal peringkat
doktor , saya tak pasti sama ada saya terpancut dalam atau tidak , saya risau sekiranya terpancut dalam , apakah tanda hamil pada awal peringkat ? Tetapi selepas kejadian itu , perempuan itu mengeluarkan haid

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, jika anda sudah bersama melebihi tempoh 72 jam, tiada alternatif bagi mengelakkan kehamilan lebih-lebih lagi jika anda memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun tidak memancut ke dalam. Hal ini kerana, walaupun sedikit, masih terdapat risiko kehamilan.
Antara tanda awal kehamilan ialah:
- lewat datang haid
- sakit pada pinggang
- kerap kencing
- sakit pada buah dada
- tinggi selera makan
Jika pasangan anda telah datang haid, kemungkinan dia tidak hamil.
Anda boleh rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut. https://www.doctoroncall.com.my/soalan/signs-of-pregnancy-tanda-hamil
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.