
Sulit
3 tahun
Kehamilan di usia muda
Selepas bersetubuh,saya merasa loya dan muntah,jugaa terdapat perubahan pada payudara…tetapi selepas 6 hari bersetubuh,terdapat cairan seperti darah atau haid keluar,adakah saya hamil?dan bila masa yang tepat untuk menggunakan pregnancy test?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tanda-tanda awal kehamilan adalah seperti berikut :
- Haid tidak datang
- Rasa loya dan muntah
- Perubahan payudara dan puting
- Pendarahan spotting (implantasi)
- Kekejangan otot perut seperti sengugut
- Perut buncit
Berdasarkan kepada pernyataan anda di atas, setelah bersetubuh, anda mengalami beberapa tanda-tanda awal kehamilan. Darah yang keluar tersebut boleh jadi perdarahan spotting akibat implantasi. Doktor perlu mengetahui tentang sejarah penyakit serta perlu melakukan pemeriksaan fizikal kepada anda sebelum boleh membuat rumusan tentang masalah anda.
Untuk mendapatkan kepastian sama ada anda hamil atau tidak, anda boleh melakukan test upt. Ujian air kencing hormon gonadotropin manusia (hCG) adalah ujian UPT. Plasenta wanita hamil menghasilkan hCG , juga dikenali sebagai hormon kehamilan. Jika anda mengandung, ujian biasanya boleh mengesan hormon ini dalam air kencing anda kira-kira 10 hari selepas haid terlepas pertama anda. Ini adalah apabila telur yang telah disenyawakan melekat pada dinding rahim. Semasa kehamilan 8 hingga 10 minggu pertama, tahap hCG biasanya meningkat dengan pesat. Tahap hCG ini mencapai puncaknya pada kira-kira minggu ke-10 kehamilan , dan kemudian secara beransur-ansur menurun sehingga anda bersalin.
Namun, untuk mendapatkan kepastian, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan