Sulit
2 tahun
Kehamilan dimasa umur tua
Hello Dr…Saya berusia 43 Tahun Dan suami 53 Tahun…Saya sekarang mengandung 4 minggu,apakah Saya boleh melahirkan anak yang sehat? Sebab suami Dan Saya ingat nak buat abortion sebab risau nanti anak lahir cacat( down sindrom)tolong dibantu bagi penjelasan untuk kandungan Saya…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda pada masa ini. Berdasarkan kenyataan anda, anda boleh melahirkan anak yang sihat di umur yang lanjut sekiranya anda mengikut arahan doktor. Berkenaan Sindrom Down, tidak semua wanita yang hamil pada umur lanjut akan mendapat anak yang mempunyai masalah sindrom genetik. Doktor akan membuat pemeriksaan dengan lebih teliti dan memantau kandungan anda sepanjang kehamilan.
Selain itu, pengguguran kandungan tanpa sebab yang munasabah adalah salah di sisi undang-undang dan anda perlu berbincang dengan doktor anda mengenai hal ini.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut dan inginkan pandangan kedua, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.