Jazrin

5 tahun

Kelamin tumbuh bintik seperti ketuat

Selamat petang doktor… sy ingin bertanya… ada tak obat yg boleh rawat pnyakit kelamin sy… atas kepala zakar sy ada bintik2 kecil sprti ketuat… (hpv) dan ada ke obat sapu utk hilangkan bintik2 kecil ketuat tu… tolong sy doc tq

Selamat petang dan terima kasih untuk soalan anda.

Ketuat atau papilloma atau warts merupakan salah satu gejala yang amat biasa terutamanya dalam kalangan orang muda. Ketuat di bahagian kemaluan biasanya disebabkan oleh human papilloma virus atau HPV.

HPV biasanya menyebabkan ketuat yang berwarna kulit atau merah jambu, lembut, tertimbul dan biasanya tidak menyebabkan kegatalan atau kesakitan. HPV biasanya boleh menyebabkan ketuat di mana-mana bahagian badan kita, bukan bahagian kemaluan sahaja. Untuk orang yang mengamalkan hubungan kelamin oral atau anal, HPV berupaya menyebabkan jangkitan di bahagian mulut dan punggung dan ini meningkatkan risiko untuk kanser bahagian mulut atau punggung.

Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubungan kelamin yang selamat. Hindarkan hubungan seks secara bebas. Jika anda menjalankan hubungan kelamin, anda digalakkan untuk memakai kondom. Kondom boleh membantu mencegah jangkitan HPV serta jangkitan kelamin lain seperti HIV, chlamydia dan gonorrhoea.

Dr Ilias,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan.

Ketuat pada kemaluan ataupun secara saintifiknya dikenali sebagai condylomata acuminata disebabkan oleh jangkitan oleh Human Papilloma Virus (HPV), dimana jenis 6 dan 11 adalah majoriti penyebab ketuat ini.

Majoriti dari individu yang mengalami masalah ini tidak mempunyai sebarang simptom, tetapi kadangkala mereka akan berasa tidak selesa, sakit, berdarah dan mempunyai cecair yang keluar dari kemaluan.

Hampir separuh (40%) daripada ketuat di kemaluan akan hilang secara sendirinya namun baki 60% lagi akan kekal ataupun bertambah besar. Antara indikasi untuk merawat ketuat ini adalah sebab kosmetik, mengurangkan jangkitan, melegakan simptom dan memperbaiki keyakinan diri pesakit. Krim sapuan sendiri boleh diberi oleh doctor seperti krim Podophyllin dan Imiquimod. Selain krim, pesakit boleh memilih untuk menjalani cryotherapy, pembedahan melalui laser ataupun elektrik, mahupun digunting di bawah ubat bius dan diberi trichloroacetic acid.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)