Sulit
4 tahun
Kelengkang anak merah dan berbiji
Anak saya perempuan berumur satu tahun 2 bulan . Kelengkang dia merah dan berbiji . Dah pergi pakar kulit dan dr bg kami cream tp hilang sekejap and lepas beberapa hari jadi merah balik. . Hampir 3 bulan kami.masih tak dapat ubat yg sesuai . Apa cream yg perlu saya pakaikan lagi . .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kemerahan di kelengkang anak anda boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan kulat - jika dijangkiti kulat, ia memerlukan ubat anti-kulat dan rawatan mungkin mengambil masa berminggu-minggu
- Kurap atau “scabies”
- Penyakit kulit seperti ekzema - kerana anda mempunyai sejarah alahan kulit dan rawatan mungkin memerlukan ubat lain
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.