Sulit
3 tahun
Keletihan melampau sampai letih 1badan
Saya lelaki dlm 20an… semalam saya mengalami keletihan yang agak melampau sehingga ke hari ni. Saya nak tanya tempoh untuk pulih sepenuhnya tu mengambil berapa lama ye?ke berapa hari? Dah dua hari saya terasa lemah je satu badan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, keletihan boleh mereda setelah anda mendapat rehat yang mencukupi. Ia juga bergantung kepada jenis aktiviti yang anda lakukan serta tahap kesihatan anda. Justeru, sukar untuk kami menentukan seberapa lama kerana ia berbeza-beza tiap individu selain maklumat lanjut dan pemeriksaan teliti diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Akan tetapi, memandangkan keletihan melampau yang anda alami sudah memakan waktu dua hari, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan untuk kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih