
Sulit
3 tahun
Keliru pengiraan hari berkuarantin
Hai Dr. Saya ingin bertanya berkenaan pengiraan hari berkuarantin. Saya telah menjadi kontak rapat pesakit positif Covid-19 pada 10 Meidan telah menjalani ujian swab test pada keesokan harinya, 11 Mei. Mengikut pengetahuan saya, ujian kedua dijalankan pada hari ke 10 kuarantin. Adakah ini bermakna saya perlu menjalani ujian kali kedua pada hari ke 10 dari tarikh saya tahu saya kontak rapat atau hari ke 10 bermula saya mengambil ujian swab test pertama? Hari pertama /Day 1 berkuarantin dikira dari hari membuat swab test pertama atau macam mana ya Dr? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk makluman anda, tempoh kuarantin bermula pada hari pertama anda membuat ujian saringan COVID dan mendapat gelang pesakit. Gelang tersebut perlu dipakai sepanjang tempoh kuarantin dan anda dilarang keluar daripada pusat kuarantin atau rumah anda.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Jika anda ingin membuat ujian saringan, anda boleh klik pada pautan ini untuk meminta secara langsung ujian saringan COVID-19 atau hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis ( CPRC ). Selain daripada itu, lakukan kebersihan tangan dengan baik dan pakai topeng muka anda di khalayak ramai.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Untuk makluman anda, kami turut menyediakan perkhidmatan screening COVID 19, sila klik pada link ( Screening COVID )
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut daripada pihak kami. Terima kasih.