
Sulit
3 tahun
Keluar air dari puting payudara
Saya berumur 29tahun dan telah berkahwin 2 tahun lebih masih belum ada rezeki punya anak…saya mgalami masalh keluar air jernih pda bahagian puting payudara.apa punca ia berlaku?adakah tanda2 cancer breast?ape perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap cecair yang keluar daripada puting anda dan kaitannya dengan kanser payudara. Usah risau kerana kami akan cuba untuk membantu anda.
Mempunyai cecair yang keluar daripada puting adalah normal dalam kalangan wanita di usia reproduktif walaupun anda tidak hamil ataupun menyusu badan. Ia boleh disebabkan oleh perubahan hormon ataupun perubahan fibrocystic.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan keluarnya cecair daripada puting adalah:
- Menyusu badan
- Jangkitan payudara (mastitis)
- Penyakit Paget puting (Paget’s disease of the nipple)
- Kanser payudara
Namun begitu, anda perlu memberikan perhatian sekiranya badan atau payudara anda menunjukkan gejala-gejala ini:
- Demam
- Payudara membengkak
- Perubahan warna kulit payudara atau puting
- Terdapat nanah atau/dan darah keluar daripada payudara
- Sakit payudara
- Kesukaran bernafas
- Hilang selera makan
- Berat badan turun mendadak
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.