
Sulit
3 tahun
Keluar cecair berwarna coklat cair dari faraj
selamat pagi doktor, harini adalah hari kedua keluar cecair berwarna coklat muda yg cair tiada ketulan. mengikut jadual di aplikasi hp, 4hari lagi baru sy akan haid. sekarang sy merasa pening tapi tidak mual atau muntah. sy cuma mengalami kram ringan sepanjang 2hari ini. minggu lalu juga sy ada mengalami kram seperti haid tp bukan di waktu haid. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, darah berwarna coklat yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda atau disertai gejala lain, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor