Sulit
4 tahun
Keluar darah selepas keguguran
Saya surirumah berusia 33 tahun,dan mempunyai 5cahayamata.situasi yg saya alami sekarang,keluar darah selepas saya hbis berpantang gugur.keadaan berlanjutan selama 4 hari.namun darah yg keluar tidak lah bnyak.sakit dibahagian peranakan dan belakang pinggan seperti senggugut.adakah itu normal atau sebaliknya…
(Masa keguguran 28/12/2019)
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Justeru, jika dalam tempoh 6 minggu terjadi perdarahan yang sedikit, kemungkinan besar ia adalah darah nifas. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Pada kondisi ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi, dan darah seterusnya adalah darah haid.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.