Sulit
6 tahun
Keluar darah selepas period
Sy ibu dua anak bersalin secara caesar. Menyusu anak sepenuhnya. period teratur selama 7hari. Hari pertama dan kedua keluar byk darah. Hari ketiga hingga keenam keluar flak shja. selepas 2minggu period keluar semula darah selama 3hari.Sy dah refer kpd doc dan beliau bgtahu normal bagi wanita yg lps bersalin. Saluran kencing terasa pedih dan keluar cecair wrna merah pekat dan ketul2 coklat.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pertama sekali, kami perlu mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan salur kencing terasa pedih. Adakah gejala ini didapati sewaktu membuang air kecil. Sekiranya ya, untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan salur kencing
- Batu karang
- Penyakit kelamin
seterusnya, bagi gejala ketulan dan cecair berwarna merah, sekiranya cecair ini keluar dari faraj anda, hal ini normal untuk berlaku. walaubagaimanapun, sekiranya ia keluar dari salur kencing, ini menunjukkan terdapat masalah pada pundi kencing atau saluran kencing anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































