nurulnurasliza94
5 tahun
Keluar ketulan darah/daging dari vagina
Saya baru lepas bersalin pada Julai 2019 and period pertama datang pada November 2019. Tapi saya keluar ketulan darah macam daging dari vagina. tak keluar habis dan berjuntai jadi saya perlu tarik untuk keluarkan. Tak sakit. Lepas dah tarik baru keluar darah tapi dalam 2 hari dah kering. Lepas seminggu ada balik ketulan tu di mulut vagina terjuntai. Saya ada mengalami masalah keputihan dari selepas habis berpantang. Sudah membuat pap smear dan result ujian okay. Doktor ada bagi ubat tapi still tidak sembuh. Ada kena mengena ke ketulan darah/daging dengan masalah keputihan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kemunungkinan gumpalan yang keluar adalah gumpalan darah. Untuk makluman anda, darah haid boleh keluar dalam bentuk ketulan darah dan gejala senggugut ketika haid adalah sesuatu yang normal bagi kebanyakan wanita.
Namun begitu, sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan terhadap gejala yang anda hadapi atau terhadap kitaran haid anda, sila rujuk kepada doktor kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan yang tepat dapat dibuat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























