Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keluar ketulan darah selepas membuang najis

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Mei 5, 2020 1:26 AM

Sulit 2 bulan

Saya mengalami berak berdarah sudah 5 hari. terdapat ketulan darah beku selepas membuang najis. kadang2, saya susah bernafas dan perut kembung. saya sudah berjumpa doctor, doctor cuma bg ubat gastrik, kembung dan antibiotics untuk redakan kesukaran bernafas.

Dr Ramzdhan 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini(DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkanya antaranya ialah:

  • Luka akibat sembelit
  • Buasir – buasir adalah keradangan saluran darah pada dubur dan ia sangat biasa berlaku
  • Fisur dubur (anal fissure) – selaluny disebabkan oleh sembelit dan ketegangan
  • Ulser peptik – 90% kes disebabkan oleh jangkitan kuman Helicobacter Pylori
  • Radang usus
  • Kanser kolorektal
  • Radang usus
  • Irritable bowel syndrome

Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue May 05 2020 01:26:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Sulit
Mengalami masalah berak berdarah secara bnyak dan menitik nitik Saya wanita berumur 21 tahun. Sejak kebelakangan ini. Saya sering berak keluar darah yang menitik nitik. Tetapi buasri saya x keluar. Dah di dubur saya akan rasa pedih bila najis mahu keluar… Baca lagi...
51 hari
Sulit
Najis hitam dan berdarah dan sakit perut hello doktor sya lelaki umur 29 thn…saya nk bila saya g buang air besar…saya susah nak buang n najis ckit je keliar wrne hit…serta berdarah…apa kah punca nye ye Baca lagi...
13 hari
Sulit
Berak berdarah,penurunan berat badan Saya wanita 21 tahun mengalami berak berdarah sejak 4 hari yang lalu hingga hari ini Baca lagi...
50 hari
Sulit
Sakit perut Dan berak berdarah adakah ia disebabkan pemakanan saya yg x sihat? Saya berumur 18 thn saya sakit perut Dan berak berdarah pada pertama Kali buang air besar dan saya dh berjumpa dengan doctor , doc kata ia disebabkan gastrik .Bolehkan gastrik menyebabkan berak … Baca lagi...
56 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi