bellabebyluxs
4 tahun
Keluar ketulan darah
Salam, sy berusia 23 tahun. Pada bulan julai 2019 sy telah melahirkan seorang anak. Dan pada bulan Oktober 2019 pula sy dapati sy positif hamil…anak pertama sy ketika ini baru berusia 3 bulan. Tarikh last period sy 6/9/19…
Soalan sy, semasa sy buang air kecil, sy dapati terdapat tompokan darah berwarna merah coklat keluar dari faraj sy…dan selang 2 jam kemudian keluar beberapa ketulan darah diikuti dgn sakit dibahagian abdomen/ari-ari…sy tak pasti sama ada itu darah beku ataupun sy keguguran…skrg sy rasa kerap mahu kencing dan setiap kali kencing akan keluar ketulan darah…sy ingin minta pandangan doktor tentang ketulan yg keluar tersebut.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin bagi mengesahkan kandungan anda.
Kerap kencing merupakan gejala yang sering dihadapi oleh wanita hamil. Namun begitu, memandangkan ketulan darah turut keluar, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan segera.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.