
Sulit
4 tahun
Keluar lendir Putih bercampur darah
Hai Doktor. Saya wanita berumur 37 tahun dan telah mengambil perancangan keluarga berbentuk suntikan selama 6 tahun. Selama sama mengambil kaedah perancangan keluarga ini, haid saya tidak keluar. Tetapi pada 25,28,19 & 31 Mei, terdapat lendir putih bercampur darah keluar dalam kuantiti sedikit. Adakah ini haid atau tanda2 penyakit lain. Saya belum lagi mecuba pregnancy test. Sekian, terima kasih.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.