
Sulit
5 tahun
Kemaluan anak lelaki usia 8 tahun tak respon
Anak saya berusia 8 tahun, lelaki kemaluannya tak respond bila Di sentuh Dan bila dia buang air kecil pun kemaluannya tetap ke bawah tidak menegang…adakah anak saya Ada masalah kelamin?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anak anda yang perlu ditanyakan. Kemungkinan besar ia adalah normal memandangkan anak masih dalam usia berkembang maka kemaluan atau zakar tidak menegang seperti lelaki dewasa. Namun sekiranya anda ragu, silakan untuk merujuk doktor pakar kanak-kanak untuk keterangan lanjut.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.