jesruby90
4 tahun
Kembung dan berdenyut di bahagian perut dan pinggang
saya wanita dlm 20’an. perut sy terasa kembung dan berdenyut hgga ke pinggang. sebelum ni sy mengalami sembelit. dan sy juga rasa tak selesa pada bahagian perut belah kiri hgga kemaluan. adakah ini prkara biase dan adakah ia memerlukan rawatan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kehamilan luar rahim
- gastrik
- GERD
- batu karang
- Sindrom usus tidak selesa (Irritable Bowel Syndrome)
- salur darah perut membengkak (Abdominal Aorta Aneurysm)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.