
Sulit
5 tahun
Kembung perut sebelah kiri
saya berumur 21 tahun seorang perempuan . berat saya hanya 37kg . saya mnegalami masalah kembung perut sebelah kiri, dan tidak boleh makan terlalu bnyak . saya juga tidak boleh minum aor terlalu banyak . jika saya minum dan makan dengan banayak , saya akan merasa senak dan dapat mendengar air dalam perut saya. pendek kata , makanan lambat dicerna . dan saya selalu sakit perut seperti rsa dipotong potong dalam perut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Ulser dalam perut
Ketumbuhan dalam perut atau usus
Inflammatory bowel disease
Alahan kepada makanan tertentu
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan lain adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.