
Sulit
5 tahun
Kembung perut selepas makan tidak pandai baik
helo doktor …nak tanya …sy mengalami kembung perut sejak 2 minggu lalu … paling teruk kena waktu selepas makan walau pun saya makan sedikit…bukan itu saja sy juga kerap sakit dada sebelah kiri ,berasa sesak nafas dan sendawa yg kerap
… ada kah itu tanda gerd ? dan macam mna cara untuk atasi kesakitan ini ? kerana ubat gastrik yang sy ambil daripada klinik pun tidak dapat menyembuhkan penyakit ini …

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Kembung perut terjadi apabila saluran gastrointestinal (GI) diisi dengan udara atau gas. Kebanyakan orang menggambarkan kembung sebagai rasa penuh, ketat, atau bengkak di dalam perut. Perut anda mungkin juga terasa keras, dan menyakitkan. Kembung sering disertai oleh :
- kesakitan
- gas berlebihan (kembung perut)
- kerap sendawa atau belching
Masalah kembung boleh disebabkan:
- Masalah penghadaman seperti "lactose intolerance
- Pengambilan makanan tertentu seperti kekacang dan ubi-ubi
- Radang usus
Masalah angin, gastrik atau GERD boleh menyebabkan kerap sendawa dan sakit dada. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor secara peribadi. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.