
Sulit
4 tahun
Kemungkinan untuk datang bulan ketika hamil
Hi doktor , utk pertanyaan sy , adakah mampu bagi seseorang wanita itu untuk datang bulan ketika hamil , dan sekiranya darah datang bulan itu bewarna merah jambu (pinkish) serta sedikit coklat , adakah ini bermaksud perempuan itu masih hamil ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, seorang wanita yang hamil tidak akan datang haid sewaktu kehamilan, Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan pendarahan sewaktu kehamilan seperti:
- Keguguran
- Jangkitan
- Kehamilan luar rahim
- Kehamilan anggur
- Masalah kedudukan plasenta
- Melakukan hubungan seks
- Rahim pecah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.