
Sulit
3 tahun
Kemurungan Dan tekanan emosi
Hai doctor sy Ada masalah with may emosi n sy cenderung nk bunuh diri, sy bnyak mengurung diri dlm bilik, X bercakap with my parents, time adik beradik sy blik sy refuse nk bercampur dgn dieorang takut hati terluka coz no one care about me, Dan sy selalu Rasa bile sy bercakap sorang Pon X ade respon ITU yg buat sy bawak diri…tolong doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda. Kami akan cuba membantu anda sebaik mungkin.
Anda tidak keseorangan dalam mengahadapi masalah ini. Gangguan emosi adalah sesuatu perkara yang agak kompleks dan boleh disebabkan oleh masalah kesihatan mental ataupun daripada masalah kesihatan fizikal. Antara sebab-sebab anda mengalami gangguan emosi adalah seperti berikut :
- Stres
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Masalah tiroid
- Kesan sampingan sesetengah ubat
- Masalah psikiatri seperti kemurungan, bipolar mood disorder atau gangguan tekanan
Gangguan emosi perlu dirawat dengan kadar segera kerana ia boleh membahayakan diri anda, terutamanya memandangkan anda menyatakan anda ingin membunuh diri. Sila rujuk perkara ini kepada doktor professional dengan segera supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang berpatutan.
Sekiranya anda ingin berkomunikasi secara sulit bersama seorang teman, anda boleh menghubungi talian Befrienders Kuala Lumpur di 03-76272929.
Anda juga boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.