
Sulit
3 tahun
Kemurungan teruk atau tidak
Sebelum ni saya ada buat test dass and saya mendapati bahawa saya ada masalah kemurungan yang teruk. Saya taknak diagnosis diri saya sendiri tapi saya takut untuk memberitahu family saya tentang ini. Saya pernah terpikir sehingga ingin mencederakan diri dan kanak ii kecil , tidur tak menentu , sakit kepala , selalu marah dan macam ii lagi . Jadi boleh saya tahu yang saya betul ii ada kemurungan ataupun hanya sekadar gangguan emosi yang ringan ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda telah membuat ujian DASS yang menunjukkan bahawa anda mengalami masalah kemurungan. Anda juga memaklumkan bahawa anda ingin mencederakan diri dan kanak-kanak kecil, tidur tidak menentu, sakit kepala dan selalu marah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, ujian DASS adalah sebentuk ujian saringan untuk mengetahui jika anda mengalami masalah kesihatan mental seperti tekanan, keresahan dan kemurungan. Namun, kemurungan hanya boleh disahkan oleh pakar psikiatri selepas menjalankan beberapa ujian lain. Ini kerana masalah gangguan emosi boleh juga berpunca daripada masalah kesihatan fizikal seperti masalah tiroid dan kesan sampingan sesetengah ubat. Gejala yang anda terangkan menunjukkan bahawa anda mengalami masalah gangguan emosi untuk tempoh yang lama. Oleh itu, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan dengan kadar segera untuk mengelakkan perkara yang membahayakan diri anda dan kanak-kanak kecil daripada berlaku. Anda tidak perlu risau kerana dengan rawatan, masalah anda dapat dikawal. Anda boleh mendapatkan konsultasi atas talian bersama doktor pakar psikiatri kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Anda juga boleh melayari hotline di bawah untuk bantuan:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.