
Sulit
3 tahun
Kena hantar kak positif di pusat kuarantin balik ke rumah dia
Saya wanita 30an baru siap ambil vaksine kedua dos 12hb sesuai x hantar kak sy positif covid discharge Dari pusat kuarantin balik ke rumah dia? Apa yang sy perlu buat semasa berada dalam kereta yg sama?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh bawa kakak anda dari pusat kuarantin, cuma sila mengikut SOP, pakai mask, rajin cuci tangan, jarakkan diri sama orang lain dan jaga kebersihan masing-masing.
Walaupun anda telah terima 2 dos vaksin Covid, perlindungannya bukan seratus peratus, anda berpeluang dijangkiti juga jika tidak berhati. Selain itu, kaka anda telah dibenar balik rumah sebab jumlah virus dalam badannya sudah berkurang serta berisiko rendah jakiti orang lain. Oleh itu, sila mengikuti SOP dengan sebaik mungkin juga.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini