Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kenapa BAB Berdarah Dan Cara untuk mengatasinya

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Jun 2, 2020 6:08 AM

Sulit 39 hari

Saya wanita berusia 24tahun. Bulan lepas saya disahkan Ada Chlamydia Dan UTI. Selepas habis menerima rawatan tersebut, doc memberikan saya DOXY ANTIBIOTIC. Dan ketika itu lah saya Mula rasa susah untuk membuang air besar. Doc telah berikan saya ubat gas dan constipation. Masalahnya, sejak dari 20/5 sehinga kini, saya dapati najis saya setiap hari Berdarah (bercampur) kadang² cuma darah sahaja yang menitis sebelum dan selepas meneran. Saya hilang selera makan sebab takut untuk ke tandas Dan sangat memilih untuk makan. Saya juga perbanyakkan minum air suam Dan mengambil probiotik dari pharmacy. Adakah BAB Berdarah sangat serius? Atau ianya sementara? Perlukah saya berhenti mengambil ubat pelawas? Kerana najis agak susah untuk keluar. Saya Hari Hari ke tandas. 4/5kali untuk buang air besar. Jika saya makan, maknanya saya akan ke tandas untuk BAB. Jika tidak makan Hanya kencing sahaja. Boleh doktor tolong saya bagaimana atasi masalah ini?

Dr Sri Viknarajan 39 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah buang air besar berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Buasir
  • Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
  • Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
  • Rectal ulser
  • Masalah pendarahan
  • Kanser usus

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana masalah buang air besar berdarah boleh mengakibatkan kekurangan darah (anaemia) dan pitam jika banyak darah keluar secara berterusan apabila membuang air besar. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jun 02 2020 06:08:27 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Masalah buasir luaran dan dalaman setiap kali selepas membuang besar Saya wanita yang berumur 17 tahun sedang menghadapi masalah buasir.Bahagian dubur amat sakit dan pedih selepas membuang besar. Saya tidak menerima rawatan tetapi saya pergi ke farmasi membeli ub… Baca lagi...
41 hari
Sulit
Dubur keluar darah selepas buang air kecil Selamat petang, doktor. Saya berumur 39 tahun dan mempunyai penyakit kencing manis. Saya perasan ada titisan darah di toilet bowl yang keluar dari bahagian dubur selepas saya membuang air kecil… Baca lagi...
17 hari
Sulit
Sakit berut dan berak berdarah saya berumur 21 tahun.saya jenis berak 1 kali seminggu.selama 3 hari saya rasa sakit perut di bahagian kiri dan kanan seperti gastrik dan baru-baru ini saya berak berdarah. semasa saya buang air… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Darah keluar setiap kali buang air besar. Ada rekahan luka Hi doktor sy 25 tahun dan sy yakin sy mempunyai anal fissure sejak beberapa bulan yg lalu. Setiap kali sy buang air besar sy dapati sedikit darah akan keluar. Sy tengok cermin & terdapat rekahan… Baca lagi...
22 hari
Sulit
Sakit perut Dan berak berdarah adakah ia disebabkan pemakanan saya yg x sihat? Saya berumur 18 thn saya sakit perut Dan berak berdarah pada pertama Kali buang air besar dan saya dh berjumpa dengan doctor , doc kata ia disebabkan gastrik .Bolehkan gastrik menyebabkan berak … Baca lagi...
2 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi