
aidatulerra
5 tahun
Kenapa ujian kehamilan negatif tetapi perut membesar perlahan-lahan,period tidak normal
saya seorang wanita yang telah mengalami keguguran tahun lps…pada saat ini saya masih tidak tahu sama ada saya hamil atau tidak kerana saya telah cuba guna alat penguji kehamilan tetap hasilnya negatif…sudah bermacam upt saya guna tetapi hasilnya tetap sama…bln 7,saya period normal 7hari,bln 8 tetap period juga tetapi cuma 3hari dan bln 9 saya period juga cuma 4hari…30/8/19 saya cuba test ad dua jalur tapi kelihatannya samar-samar…selepas itu saya cek lg dan lg,keputusannya terus negatif…saya alami simpton seperti orang hamil,pening,loya,muntah…kerap jgk lpar antara pukul 7-8 mlm…jika pg slps mkn akn rasa lpar blik antara pkul 10-11 pg…jika sblh ptg akn rasa antara pukul 3-4ptg…kdg2 slps mkn tu rase seolah-olah nk mkn lg dan lg…apabila makan rasa nyeri seolah-olah ada sesuatu yang bergerak…selalunya tengah-tengah malam dah tek terasa nak mkn tetapi skrg sebaliknya rasa lapar membuak-buak…sdangkn pada upt negatif…sampai detik ini saya belum mendapatkan rawatan di mana-mana klinik berdekatan…pada pendapat doktor,bolehkah saya lakukan rawatan medical check up untuk mendapatkan kesahihannya?atau hanya scan perut di klinik berdekatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Pertama sekali, hanya untuk memastikan puan menggunakan upt dengan betul sila klik pada link ini.
Bagi masalah period yang tidak normal, Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.