Anonymous
6 tahun
Kencin tak lawas dan rasa pedih dipenghujungnya
salam,doktor…saya wanita dalam lingkungan lewat 20an. seorang isteri tapi belom ada anak,dan bekerja. doktor,beberapa hari yang lepas saya ada berhubungan dengan suami saya,mula2 tiada apa yang berlaku sehingga petang semalam,ketika buang air kecil tidak habis dan berasa sakit dipenghujungnya. pada sebelah malam pula,saya tidak dapat tidur nyenyak kerana kerap kencing dan warna kencing saya seperti warna coklat dan berdarah. pagi tadi,air kencing bertukar kepada warna putih,tetapi masih tak lawas dan berasa pedih…perut dibahagian rahim juga mengalami kesakitan seperti senggugut…ketika ini saya juga sedang mengalami sakit dibahagian dubur kerana membuang air besar…
adakah ini terjadi ada kaitan dgn hubungan yang saya lakukan bersama suami? apa yang perlu saya buat ye doktor?? benda ni mengganggu saya untuk bekerja kerana kerap ke toilet. tolong doktor berikan penjelasan…
terima kasih,
insan biasa
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit ketika kencing dan kerap kencing boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran dan pundi kencing
- Batu karang pada saluran kencing
- Jangkitan penyakit kelamin
- Luka pada saluran kencing
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


































