Sulit

2 tahun

Kencing bercampur darah dan terdapat ketulan darah kecil seperti jelly yang keluar bersama air kencing

Hi barisan doktor.
Saya gadis berumur 26. Saya mula demam biasa pada 22 sept 21. Pada 25 sept 21 saya disahkan positif covid-19. Lebih kurang beberapa hari selepas saya disahkan positif Covid-19, saya dapati kencing saya berwarna agak pekat dari yang biasa. Saya terfikir mungkin sebab saya kurang minum air, jadi saya minum lebih lagi air dan makin lama makin jernih warna air kencing saya sebab saya kerap membuang air kecil. Pada hari ini, 2 okt 21 sabtu, saya cuba kurang minum air sebab semalam saya minum air banyak, jadi saya sangka mungkin air kencing saya akan berwarna normal. Akan tetapi harini saya dapati air kencing saya masih berwarma pekat dan makin saya buang air kecil makin pekat warna darah dan disusuli ketulan darah berbentuk jelly. Saya tak rasa sakit masa buang air kecil dan saya langsung tidak ada masalah buang air besar. Tetapi seleps saya buang air kecil saya akan rasa seperti “berdegup-degup” di saluran kencing/lubang buang air kecil saya.

Mohon bantuan doktor sekalian!

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa anda baru sahaja disahkan positif COVID-19 pada minggu lepas. Kini anda mengalami masalah kencing bersara ketulan darah. Anda juga risau jika simptom ini adalah sesuatu yang serius. Kami akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, kepekatan kencing sememangnya dipengaruhi oleh kuantiti air yang kita ambil. Banyak air yang diminum, banyak serta jernih warna air kencing. Warna air kencing normal adalah kuning cair.

Manakala kencing bersama ketulan darah boleh menjadi sesuatu yang normal. Terutama sekali jika anda hampir dengan tarikh haid atau berlaku spotting ketika kencing tersebut. Perkara lain yang boleh menyebabkan kencing berdarah adalah:

  • Jangkitan saluran kencing
  • Penyakit kelamin (STD)
  • Komplikasi prosedur perubatan
  • Batu karang
  • Jangkitan pada ginjal

Berikut merupakan diagnosis umum. Nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberikan kerana tiada pemeriksaan fizikal atau ujian klinikal. Bagi meklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

happy%20women

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)