double7306
6 tahun
Kencing berdarah dan sakit apabila kencing , ada jugak mengeluarkn ketul ketulan seperti isi sya rasa
saya wanita berumur 20an , saya dah mengalami masalah nie hampir sebulan . mula mula saya dapat tahu time saya nak kencing dan tiba tiba sakit and ada darah merah dan ketulan kecil , adakah ini serius ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara penyebab kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































