
Anonymous
2 tahun
Kencing Berdarah Dan Sakit Dibahagian Bawah
saya rasa sakit dibahagian bawah semasa kencing, kencing saya ada darah yg cair kalau saya jalan pun saya akan rasa sakit. saya risau😞

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, antara penyebab kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Kecederaan pada kemaluan
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.