
Anonymous
5 tahun
Kencing Berdarah dan sakit ketika membuang air
Hi doc, saya seorang wanita berkahwin berusia 24 tahun. baru-baru ini saya mempunyai masalah kencing berdarah. Pada awalnya, saya dapati saya mempunyai masalah kencing tak lawas. Pada keesokkan hari, saya dapati kencing saya menjadi kencing berdarah dan sakit ngilu ketika membuang air. Tetapi sekarang air kencing saya tidak berdarah dan tetapi masih sakit ngilu ketika membuang air. Adakah ini membahayakan? Perlukah saya berjumpa doctor?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Antara penyebab kencing berdarah adalah:
- Jangkitan kuman dalam saluran kencing
- Masalah batu karang
- Masalah prostat bagi lelaki
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.