
Sulit
5 tahun
Kencing berdarah pada waktu pagi
Salam Dr.
Saya wanita berumur 27 tahun, bujang dan saya seoramg yang aktif. Apa yg merisaukan saya adalah, semenjak seminggu yang lalu saya dapati setiap pagi saya akan buang air kecil beserta darah. Warna darah kelihatan jelas terutama pd hari pertama sy dapati saya kencing berdarah.
Saya tidak berasa sakit apabila kencing. Namun perubahan yg dialami adalah, saya kdg kdg sukar menahan air kencing dan sesekali ada ke tandas dalam dua kali pd waktu malam.
Keadaan badan yg letih dan sengal bahgian pinggang saya anggap seperti normal kerana saya adalah seorang yg sangat aktif. Apakah pendapat doktor mengenai isu ini. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Urinary Tract Infection (UTI)/ Jangkitan pada saluran pundi kencing
- Batu karang
- Masalah pendarahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.