
Anonymous
5 tahun
Kencing dengan kerap
Saya wanita berusia 25 tahun mengalami kencing yang kerap, tidak seperti kebiasaannya. Ada kalanya juga, saya merasa gatal (iritasi) pada bahagian vagina namun saya tidak mengetahui kawasan yang spesifik dan menyebabkan saya berasa amat tidak selesa. Saya ingin mengetahui punca kepada masalah ini dan saya ada terbaca mengenai masalah kesihatan yang dikaitkan dengan kencing kerap namun saya tidak mengetahui yang manakah berkaitan dengan saya. Apakah yang harus saya katakan jika saya ingin berjumpa dengan doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kerap kencing boleh berlaku kerana:
- Kehamilan - semakin kehamilan membesar, semakin ia menekan pada pundi kencing dan menyebabkan kekerapan kencing
- Jangkitan saluran air kencing
- Kencing manis
- Terlalu banyak minum air
- Kesan ubat-ubatan dan juga mungkin makanan (durian)
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.