Sulit

2 tahun

Kencing kotor dan rasa tidak selesa

saya wanita berumur dalam 27tahun, pada mula nya saya mengalami kencing kotor sebab berdarah sedikit setelah saya mengambil ural ianya ok dan tidak berdarah . tapi selang 4 hari bila saya kencing pada akhir kencing terasa sakit dan rasa tidak selesa dan rasa nak kencing2 … boleh saya tahu apa ubat yang ada untuk masalah saya

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Terima kasih kerana mengemukakan soalan ini,

Daripada pertanyaan anda,anda ingin mengetahui ubat yang boleh diambil untuk menangani simptom sakit dan tidak selesa apabila membuang air kecil.

Kami memahami masalah dan kebimbangan anda dan akan cuba membantu anda.

Darah dalam air kecil walaupun kecil atau banyak adalah suatu yang luar biasa dan seharusnya mendapat perhatian doktor.

Darah dalam air kencing boleh disebabkan oleh beberapa faktor.
Antaranya,

  • Kanser pundi kencing / kanser buah pinggang

*Jangkitan terhadap buah pinggang, pundi kencing, prostat atau urethra

  • Inflamasi terhadap buah pinggang (glomerulonephritis), pundi kencing, prostat atau urethra

  • Kecederaan terhadap buah pinggang atau pundi kencing

  • Batu karang di buah pinggang atau pundi kencing

*Penyakit buah pinggang selepas sakit tekak (‘post-streptococcal glomerulonephritis) – penyebab kepada kencing berdarah dalam kalangan kanak-kanak

*Kegagalan buah pinggang

*Polycystic kidney disease’

  • Prosedur saluran kencing seperti ‘catheterization’, proses berkhatan dan biopsi buah pinggang.

  • Masalah dengan pendarahan ( Blood disorders)

Walau bagaimanapun , Air kencing berwarna merah tidak selalunya disebabkan oleh sel darah merah. Ia juga boleh disebabkan kan oleh:

  • Hemoglobin ( yang membawa oksigen dalam sel darah merah ) dalam air kencing kerana pemecahan sel darah merah

  • Protein otot (myoglobin) dalam air kencing disebabkan oleh pemecahan sel-sel otot

  • ‘Porphyria’ (sejenis penyakit yang terhasil disebabkan oleh kekurangan enzim yang terlibat dalam penghasilan heme, sebatian kimia yang mengandungi zat besi dan memberikan kemerahan kepada warna darah)

  • Makanan (seperti ubi bit, rhubarb, dan kadang-kadang pewarna makanan)

  • Ubat-ubatan seperti rifampin dan phenazopyridine

Pesakit yang mengalami kencing berdarah atau hematuria boleh mengalami gejala lain seperti:

  • sakit di bahagian tepi atau bawah di bahagian pinggang,
  • sakit di bahagian bawah abdomen,
  • rasa hendak terkencing yang tidak boleh ditahan lagi atau
  • susah untuk mengeluarkan air kencing

Anda tidak seharusnya mengambil ubat berdasarkan pengetahuan sendiri dan disarankan meminta pandangan doktor.

Rawatan adalah bergantung kepada penyebab terhadap kencing berdarah tersebut.

Kebiasaannya, tiada rawatan yang diperlukan melainkan ia adalah penyakit serius yang menyebabkan kencing berdarah.

Oleh yang demikian,anda boleh hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Harap jawapan ini membantu anda.

Terima kasih.

Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
happy%20pic

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (10)