Sulit
2 tahun
Kencing malam/siang atau waktu tidur . Tak sedar , terbangun tidur sebab dah rasa basah
Salam , saya wanita berumur 22tahun . Saya ada masalah kencing malam . Daripada saya kecik sampai umur sekarang . Saya tak sedar pun , tak ada mimpi pergi tandas dan lain² . Tau² dah terkencing . Terbangun dari tidur sebab rasa basah . Bukan malam sahaja , tidur diwaktu siang pun sama . Kalau saya kerja malam , siang tu saya tidur mesti terkencing tanpa sya sedar . Saya dah tak tahu nak buat macam mana . Tidur pakai stoking pun masih terkencing . Tidur tak pakai kipas pun terkencing juga . Sya betul² tak sedar . Kerap , dalam seminggu mesti saya akan terkencing . Kadang² seminggu tu banyak kali terkencing waktu tidur . Setiap minggu mesti ada . Saya dah penat lah taktau nak buat macam mana . Bukannya saya sedar . Kalau sedar saya takkan kencing kt tilam tu . Keluarga saya takada masalah ni . Saya sorang je . Dah 22 tahun tapi still lagi terkencing macam ni . Tolong saya doktor . Terima kasih .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan oleh anda.
Melihat pada penerangan anda, kelihatan seperti anda mengalami masalah inkontinen urin. Untuk makluman anda, perkara ini biasanya dilihat dalam kalangan wanita. Masalah Inkontinen urin boleh dikategorikan kepada beberapa jenis, iaitu :
- Inkontinen terdesak (Urge incontinence)
- Ini disebabkan oleh otot pundi kencing yang tidak stabil
- Inkontinen stress
- Berlaku semasa batuk dan meneran
- Retensi dan kencing melimpah
- Ia bermaksud kesukaran untuk menggosongkan pundi kencing
Inkontinen fungsi
Halangan keluaran air kencing
Masalah saraf
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda. Anda tidak perlu risau kerana kebanyakkan masalah inkontinen urin dapat disembuh. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.