Sulit
2 tahun
Kencing tak lawas dan bila ejakulasi terasa sakit bahagian bawah buah zakar diantara dubur dan buah zakar
saya lelaki 20an saya mengalami sakit ketika ejakulasi di bahagian antara bawah buah zakar dan atas dubur… dan ada lepas kencing terasa senak sedikit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap kesihatan anda. Masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan oleh pelbagai perkara seperti:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya seperti masalah prostat
Anda boleh ke klinik kesihatan kerajaan atau klinik swasta terdekat, sekiranya perlu , anda akan dirujuk kepada pakar. Anda juga boleh terus membawanya berjumpa pakar di hospital swasta sekiranya berkemampuan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih