
Sulit
5 tahun
Kencing tidak lawas dan mendapati perut di bahagian kiri sedikit besar
saya baru berumur 22 tahun. belum berkahwin . untuk tahun ini baru beberapa bulan ni . saya mendapati perut saya disebelah kanan bawah agak besar berbanding disebelah kiri . tapi saya belum membuat sebarang medical check up. dan selepas beberapa bulan . saya mengalami kencing tidak lawas dan merasa tidak selesa di bahagian pundi kencing. adakah ini normal atau ada effect lsin.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Masalah sista (cyst) dalam ovari yang membesar dan menekan pundi kencing
- Masalah fibroid rahim yang menekan pundi kencing
- Masalah buah pinggang seperti Polycystic Kidney
- Angin pasang (hernia)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.