
Sulit
2 tahun
Kencing yang kerap,sakit ringan kerap di beberapa anggota badan
Saya lelaki berumur 39 tahun. Kebelakangan ini saya mengalami kencing yang sangat kerap( purata 2 jam sekali), dan juga mengalami sakit atau tekanan yang tidak keterlaluan di bahagian bawah belakang badan, bahagian ari-ari(apabila ditekan) hingga ke bahagian belah kiri kemaluan(testis). Untuk pengetahuan, saya menggunakan ubat untuk rawatan penyakit darah tinggi dan gout.adakah penggunaan ubat mempengaruhi keadaan ini? Terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kerap buang air kecil. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti yang berikut :
- kencing manis
- masalah prostat
- interstitial cystitis
- penyakit saraf
Selain itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor untuk maklumat lanjut dan pemeriksaan fizikal supaya anda boleh berunding tentang kesan sampingan ubat ubatan tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.