Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Kentut bayi umur 2 bulan berbau busuk

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Jun 15, 2021 9:21 AM

Sulit 50 hari

Anak saya berusia 2 bln 28 hari tiada masalah hendak membuang air besar dan aktif.cuma saya dapati apabila dia kentut…kentut dia berbau busuk.adakah Normal kentut bayi berbau busuk?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 50 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.

Kami faham kerisauan anda terhadap bau kentut yang dialami oleh anak anda. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.

Kentut berbau merupakan perkara yang normal untuk semua orang di setiap di peringkat umur. Ia disebabkan oleh penghasilan gas oleh bakteria-bakteria di dalam usus. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor lain, seperti:

  • Pemakanan
  • Kesan sampingan ubat-ubatan
  • Sembelit

Sekiranya anak anda mengalami kentut berbau dengan kerap, sila bawanya berjumpa dengan doktor untuk diperiksa dengan lebih lanjut. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keadaan anak anda.

Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.

Dikemaskini pada: Tue Jun 15 2021 09:21:57 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Kanak-kanak tentang kesihatan kanak-kanak secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Saringan Kesihatan PERCUMA
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!
Mula Saringan Kesihatan PERCUMA
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19