
danialhakim9090
5 tahun
Kepala berdenyut dan ditarik
Saya lelaki umur 23 tahun … saya ada masalah kepala saya berdenyut atau macam ditarik . Tetapi tidak sakit. Setiao hari saya akan rasa denyutan atau tarikan itu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Migrain antara sakit kepala yang kerap berlaku kepala dalam kalangan rakyat Malaysia. Apabila pesakit mengalami sakit kepala pada sebahagian kepala sahaja dan berlaku dengan kerap ianya dinamakan migrain. Banyak faktor dikaitkan dengan migrain, misalnya:
- Perubahan hormon (seperti yang diterangkan di atas) di dalam badan
- Kekurangan tidur
- Rasa loya
- Merokok
- Bau yang menyengat seperti pewangi atau bau sampah
- Perubahan emosi
- Kemurungan
Terdapat beberapa jenis makanan yang telah dikenalpasti akan menyebabkan serangan migrain sepertu kafein, pemanis tiruan, Monosodium Glutamate, keju yang telah lama dan buah-buahan yang mempunyai citrus. Selain sakit pada sebahagian kepala, pesakit migrain akan sering mempunyai simptom rasa loya dan muntah-muntah. Mereka akan lebih sensitif terhadap bunyi yang kuat dan juga terhadap cahaya. Serangan migrain boleh berlaku dengan hanya kurang dari sehari sehingga 3 hari. Sila berjumpa dengan mana-mana doktor atau hadir ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.