
Sulit
4 tahun
Kepala berpusing tapi tak pening
Hi doctor, sejak 3,4 hari nie, kepala saya kerap berpusing tp tidak pening serta kepala terasa bergetar dalam beberapa saat.Keadaan ini selalu terjadi apabila sy sedang melihat handphone atau fokus terhadap sesuatu benda. Dan kdg kdg sy mengalami sakit di tengah dahi. Sy mempunyai rabun jauh.apa yg perlu sy lakukan utk mengelakkan perkara nie terjadi lagi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah sakit kepala seperti berpusing.
Untuk makluman anda, kemungkinan masalah yang anda hadapi ini adalah sejenis Migrain atau sakit kepala ketegangan yang boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Namun, terdapat beberapa penjelasan yang boleh dikaitkan dengan gejala yang anda perihalkan iaitu:
- Masalah organ telinga yang boleh menyebabkan kepeningan dan kepala. Selalunya ini akan disampingi dengan telinga berdering
- Gangguan stress atau emosi
- Tabiat makan yang kurang sihat
- Senaman yang kurang
- Kurang rehat dan tidur
- Tekanan darah tinggi
- Masalah salur darah pada kepala dan otak seperti Aneurysm dan juga Cerebral edema
- Jangkitan kuman pada otak atau salur darah otak dan kepala.
- Keradangan selaput otak seperti Meningitis yang boleh disebabkan oleh jangkitan kuman.
- Masalah penglihatan seperti menggunakan kanta lekap yang tidak sesuai dengan tahap kerabunan (jika rabun).
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Gejala sakit kepala dan pening in merupakan masalah yang amat subjektif dan boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit yang tersembunyi. Walaubagaimanapun, jangan khuatir, kemungkinan masalah yang anda alami ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor am seperti kurang rehat dan sebagainya. Ia juga boleh menandakan penyakit yang bahaya sekiranya anda mengalami simptom lain seperti:
- Ketidaksedaran atau koma
- Muntah darah atau muntah biasa
- Masalah penglihatan atau pendengaran
- Hilang ingatan dan juga kekeliruan
- Sukar untuk memberi tumpuan
- Hallusinasi
- Demam dan sakit perut
- Kekebasan pada jari dan tangan, atau kelumpuhan.
- Kekebasan pada muka.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan kadar segera sekiranya anda mengalami simptom-simptom tersebut, bagi mengelakkan perkara ini menjadi lebih serius dan mengganggu kesihatan awam anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.