
carlick
5 tahun
Kepala melayang layang seperti vertigo
Saya lelaki berusia 37 tahun. Saya rasa seperti vertigo sejak berpuasa dibulan ramadhan ini. Sama ada ketika sedang berdiri, berjalan dan ketika hendak baring. Mengapa?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan virus ditelinga
- Meniere’s syndrome
- BPPV
- Anaemia
- Kurang gula (Hypoglycaemia)
- tekanan darah rendah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.