
Sulit
4 tahun
Kepala rasa bergoncang/berpusing
kepala saya rasa bergoncang atau berpusing apabila digerakkan.Ini terjadi selepas menghadap skrin handphone terlalu lama.Sudah seminggu tak elok elok.Apakah masalah saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
- Migrain
- Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
- Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala biasanya disebabkan faktor:
- Keletihan
- Stress
- Pemakanan tertentu
- Dehidrasi
- Cuaca panas
Anda boleh melegakan sakit kepala dengan:
- Kawalan stress dan emosi
- Elakkan daripada pengambilan kaffein, merokok
- Banyakkan inum air putih
- Rehat dan tidur secukupnya
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap denganpihak kami secara peribadi melalui atas talian sekiranya sakit kepala anda tidak berkurangan atau bertambah teruk. Terima kasih.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.