Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Keperluan untuk Covid-19 swab test kali kedua

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: Julai 21, 2021 10:51 AM

Sulit 2 bulan

Officemate saya positive covid pada 2/7/2021. Saya telah pergi swab pada 5/7/2021 dan disahkan negative. Kali terakhir saya berjumpa dgn rakan2 office adalah pada 2/7/2021.

Soalannya, perlukah saya membuat swab kali ke-2? Sepanjang bberapa hari ni saya tidak menghidap apa2 symptom.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Untuk makluman anda, garis panduan yang dikeluarkan oleh KKM menyarankan ujian Covid-19 hanya dijalankan atas individu kontak rapat yang bergejala sahaja. Memandangkan anda tidak mempunyai sebarang gejala, anda hanya perlu menjalankan kuarantin di rumah dan memantau tahap kesihatan anda sepanjang tempoh kuarantin anda. Sekiranya semasa kuarantin anda telah bergejala, sila laporkan kepada petugas kesihatan untuk bantuan lanjut.

Anda juga boleh menghubungi kami secara atas talian supaya kami kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.

Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Klik di sini untuk dapatkan kit ujian COVID-19 Kendiri RTK Antigen Air Liur yang lebih murah, mudah digunakan serta tidak perlu ambil sampel dari hidung atau tekak. Anda boleh lakukan ujian saringan sendiri di rumah

Dikemaskini pada: Wed Jul 21 2021 10:51:58 GMT+0800 (Malaysia Time)
4.89
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Penyakit Berjangkit tentang jangkitan coronavirus secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Perkhidmatan Saringan COVID-19
Lihat semua perkhidmatan saringan coronavirus COVID-19 Malaysia. Ujian PCR/RTK di rumah, klinik, pandu lalu atau ke presmis anda.
Lihat Semua Ujian COVID-19