shiema1207
3 tahun
Keputusan covid test
Suami saya telah dimasukkan ke icu dan sekarang sebelum dia melakukan apa2 procedur perubatan yang lebih rumit saya telah diberitahu untuk menunggu keputusan covid beliau. Boleh saya tahu berapa lama result tersebut akan kami dapatkan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Kebiasaannya, keputusan swab COVID-19 boleh diperolehi dalam 38 jam. Namun, masa yag lebih lama mungkin diambil disebabkan oleh bebanan ujian yang banyak harus dilakukan oleh makmal setiap hari. Di harap anda sabar menunggu.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Di kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk tinggal di rumah seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa dan hanya keluar sekiranya perlu. Dengan kerjasama semua pihak, saya berharap wabak ini dapat dibendung sebelum ianya bertukar menjadi lebih parah. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini