
ciksuee8
5 tahun
Kerap kencing..pening kepala
Selamat malam doktor… Sy brumur 23thn & sudah bkhawin… Sy nk tnya doktor normal ke kencing kerap sgt dlm satu haritu lebih dri 10 kali … Kencing lawas jee… Pstu sy rsa mcm pening2 pusing2 mcm nk pitam…tq doktor…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah pening kepala hingga hendak pitam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- dehidrasi kerana kerap kencing
- kurang kandungan darah merah
- kurang kandungan gula dalam darah
Manakala, masalah kerap kencing ini boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- minum air yang berlebihan
- jangkitan salur kencing
- kencing manis
- tinggi kandungan kalsium dalam darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih