
izzahfarisha63
2 tahun
Kerap mengalami Microsleep
Saya asyik mengalami microsleep. Ada apa2 yang boleh saya buat

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, microsleep mempunyai pelbagai punca seperti:
- Masalah tidur
- Kerja kuat
- Obstructive Sleep Apnea (OSA)
- Masalah fungsi otak.
Nasihat umum adalah mempunyai tabiat tidur berkualiti:
- Tidak mengambil minuman kafein atau bersenam sebelum tidur
- Tidak tidur bersama alat teknologi seperti alat bimbit anda
- Memastikan katil dan bilik tidur kondusif
- Tidak menggunakan alat berat atau merbahaya semasa mengantuk
- Jangan memandu semasa mengantuk
- Di tempat kerja, melakukan rengangan sekali-sekala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.