
Sulit
4 tahun
Kerap merasa panas Dan sukar tidur
Hii, saya lelaki berumur 25tahun Dan kerap merasa panas berbanding dengan orang lain yang ada di persekitaran saya. Saya sudah perasan Hal ini sejak Saya di bangku sekolah lagi tetapi sejak kebelakangan ini ianya mengganggu tidur saya. Sudah beberapa Kali Saya tidak tidur malam Dan terus pergi berkerja pada paginya tanpa tidur. Hal ini juga membuatkan saya rasa tidak bersemangat. Adakah ini satu penyakit ? Atau ianya normal bagi sesetengah manusia yg kerap merasa panas ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah mudah panas baran dan juga mempunyai masalah tidur. Untuk makluman anda, masalah mudah panas baran ini boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan ia boleh disebabkan oleh dua perkara; sama ada ia disebabkan oleh persekitaran anda, ataupun disebabkan oleh masalah psikatri yang perlu dikaji lebih lanjut.
Gejala mudah panas baran ini boleh dikaitkan dengan masalah psikatri yang disebabkan oleh kecederaan pada kepala ataupun bahagian otak, terutamanya bahagian kepala depan (frontal) yang mengalami kerosakan. Kerosakan tersebut boleh disebabkan oleh jangkitan kuman, keradangan, ataupun pendarahan yang berlaku. Ia juga boleh disebabkan oleh saluran darah yang tersekat dan menyebabkan bahagian tersebut menjadi rosak (jarang berlaku).
Namun, pada biasanya masalah panas baran ini adalah disebabkan oleh gangguan stress dan emosi yang dipengaruhi oleh masalah hubungan, kewangan, perancangan masa, kerja, dan juga penampilan. Oleh itu, kami sarankan anda untuk melakukan yang berikut bagi mengurangkan masalah panas baran dan gangguan tidur yang anda hadapi:
- Melakukan hobi baharu untuk mengisi masa lapang
- Menukar perkerjaan dan mencari waktu kerja yang lebih fleksible
- Luangkan masa dengan orang yang tersayang dan sahabat yang memahami. Perbualan yang sihat merupakan kunci yang baik untuk ketenangan jiwa.
- Lakukan aktiviti senaman untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Dapatkan persekitaran tidur dan rehat yang sesuai dan tenang.
- Dapatkan sesi kounseling bersama pihak kounseling yang boleh membantu anda.
- Jika masalah tidur itu masih berlarutan, anda boleh dapatkan perskripsi ubat tidur dari doktor anda yang berdekatan.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Akhir kata, sekiranya anda masih mengalami gejala panas baran tersebut, anda boleh berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan ubat yang sesuai untuk mengawal masalah stress dan gangguan emosi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.