
Anonymous
6 tahun
Kerap penat dan sakit kepala
Saya lelaki berusia 32 tahun. Sejak tahun-tahun lepas saya alami masalah kerap penat. Kepala akan jadi tegang dan berpeluh-peluh. Badan pun akan berpeluh-peluh macam seram sejuk. Keadaan ni hilang lepas saya minum manis atau makanan manis.
Setiap kali bangun tidur, kepala akan sakit dan susah bernafas. Setiap hari akan jadi cepat marah. Bacaan tekanan darah pun naik. Tempoh hari saya cuba vape dengan paling nikotin rendah perisa manis dan mint. Kemudian minum air dengan banyak. Lepas tu nafas ok balik dan sakit kepala beransur hilang.
Boleh saya tahu apa sebenarnya yang berlaku? Untuk pengetahuan doktor, saya tidak merokok. Vape pun hanya bila sakit kepala datang. Adakah bagus untuk terus vape atau ada penyelesaian lain?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih